IBU HAMIL MENAWAN PA&MA 2013
Pada 23 Nov 2013-Sabtu, aku menyertai contest 'IBU HAMIL MENAWAN PA&MA 2013' yg berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre sempena 7th Maternity & Children Expo. Pendaftaran bermula pukul 12 tgh hari. Hanya 30 peserta sahaja akan diterima. Aku sampai dlm pkl 12.15, dan ketika itu barisan sudahpun panjang. Aku dapat no 14. Masa tu aku pakai baju buruk jer..make-up pun tak lagi...Ada yg dtg seawal pkl 10 pagi..dan ada yg datang sudah bermake-up. Aku dtg seorg diri...kerana aku tak pasti akan dpt tempat utk sertai. Selesai jer pendaftaran, aku menunggu Ida Rahayu-Make-up artist aku...so kami duk la dalam bilik nursing room utk dimakeup kan. Selepas makeup selama hampir 2 jam..aku menukar baju yg aku sewa di sebuah butik perkahwinan.
SEMI FINAL
Peserta diminta utk catwalk dan perkenalkan diri. Dalam 30 peserta, hanya 6 peserta yg akan dipilih utk ke peringkat akhir. Aku adalah salah seorg yg terpilih.
FINAL
Di peringkat akhir, kami diminta utk menjawab soalan berkaitan kehamilan. Detik yg dinntikan pabila pengacara mengumumkan hadiah saguhati kpd pemenang ke 6, 5, dan 4...nama aku xder..Top Three...tak sangka..first time join contest dpt Top Three...
Pabila mereka mengumumkan no 3...nama aku telah disebut..Gembira tak terkata...
Sebaikla..masa tu ada adik aku Mira n kawan dia Eman, kawan opis aku Syikin n Siti dtg memberi sokongan kpd aku..Then diorg ni la yg membantu aku membawa hadiah ke kereta..
Lepas tu balik rumah..aku posing jap sebleum buang segala makeup n baju..